
-Terus Menyokong kami Dengan Hanya Click Pada Banner Iklan Sahaja-
Sinopsis: 2 Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.
Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Namun mereka semakin terpesong akidahnya.