
-Terus Menyokong kami Dengan Hanya Click Pada Banner Iklan Sahaja-
PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry. Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka. Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat.